gelaran2 ni mmg diciptakan khas buat kaum hawa... ia ibarat 'pangkat' utk seseorang kaum hawa,untuk menjalankan tugas yg sinonim dgn 'pangkat' dorang... =)
sebagai seorang KAKAK , merangkap seorang anak , kita haruslah tahu tanggungjawab kita dlm keluarga... kita harus menjadi ROLE MODEL yg terbaik kpd adik beradik yg lain... selalu nya, KAKAK ni tak lepas dari wat keje umah,memasak,membantu ibu di rumah,sekali gus menjadi 'srikandi' di rumah selepas ibunya, 'surirumah'...
ISTERI pula,pendamping setia di sisi suami yg tercinta...
peranan seorang ISTERI dalam sesebuah mahligai cinta mmg tidak dinafikan berat apabila seorang wanita itu,apabila dah bergelar ISTERI tanggungjawab yg dipikul di atas bahu,jgn diperlekehkan...kerana,syurga ISTERI di bawah telapak kaki suami...perkara yg paling penting yg wajib dilakukan oleh seorang ISTERI ialah TAAT kepada suaminya...
apabila sudah menjadi ISTERI, dengan izin Allah, dia akan menjadi seorang IBU... bertambah kali ganda lah tanggungjawab seseorang kaum hawa itu apabila sudah mendapat kenaikan 'pangkat'nya menjadi seorang IBU...
seorang IBU harus tau menjaga kewajiban keluarganya...jangan sesekali abaikan keluarga walau sesibuk manapun kita,walau penat balik dari kerja,peranan IBU jangan kita lupakan...biarlah kita berkorban masa,tenaga,dan walaupun nyawa kita untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang IBU...
NENEK....gelaran yg paling otai sekali...tahniah diucapkan kepada kaum hawa yg mampu mendapat gelaran NENEK.... bukan senang menempuh dugaan hidup dalam bahtera rumahtangga tanpa kesabaran,ketabahan,kekuatan,dan keimanan dalam diri,dan menjadi seorang NENEK yg mampu mendidik anak2nya hingga menjadi manusia yg berguna,sekaligus mampu memberinya waris kecil yg diharapkan mampu menyambungkan warisan salasilah keluarganya...
ini semua adalah WANITA... Nabi Muhammad S.A.W penah berkata.."tangan yg disangka lembut menghayun buaian,mampu menggoncang dunia..." inilah kuasa yg ada pada diri setiap kaum hawa,yg mungkin ada diantara kita tidak tahu lagi apa keistimewaan yg dibawa dalam diri masing2 ...
p/s : selamat menyambut hari ibu... btw,aku pun tak tahu mcm ne leh tercetus kata2 kat atas ni... hope dapat memberi input pada kaum hawa diluar sana... =)
perempuan dan lelaki sama je pentingnya...
ReplyDelete